WhatsApp

Laman Utama / Polisi Liabiliti

Polisi Liabiliti

Penyimpanan Data

Data yang dikongsi antara klien dan kaunselor akan disimpan dalam peti besi yang disulitkan selama tujuh tahun sebelum dimusnahkan sepenuhnya dari tarikh sesi terakhir.

Perkongsian Data

Perkongsian data hanya akan berlaku dalam empat keadaan berikut:

Kerahsiaan

Undang-undang melindungi kerahsiaan isu yang dibincangkan antara kaunselor dan klien. Kerahsiaan diambil dengan serius dan sebarang perbincangan atau pendedahan maklumat klien kepada mana-mana individu, agensi, atau syarikat hanya boleh dilakukan dengan permintaan klien melalui borang kebenaran bertulis.

Kerahsiaan Sepenuhnya

MY Safe Space menganggap kerahsiaan sepenuhnya sebagai sebahagian daripada amalan penting dalam etika dan profesionalisme. Oleh itu, dengan atau tanpa pemantauan, MY Safe Space tidak mendedahkan testimoni dan tidak menggalakkan ulasan sama ada di media sosial, secara bertulis atau Google Review sebagai sebahagian daripada amalan ini.

Gangguan & Tanggungjawab

MY Safe Space menganggap gangguan sebagai satu isu yang serius. Tindakan seperti menghantar mesej spam, panggilan spam, fitnah di media sosial, menghendap secara maya atau fizikal akan dilaporkan kepada pihak berkuasa tanpa kompromi. Tindakan ini dianggap sebagai ancaman terhadap individu lain, maka kerahsiaan akan ditamatkan serta-merta.